MAIN MENU

Tuesday 19 September 2017

A DAY TO BE REMEMBER (KIKS LEAGUE)

Liga Kemahiran Insaniah Kemahiran Sahsiah (KIKS) telah diadakan pada awal tahun 2015. Tumpuan dalam aksi ini sudah pasti tertumpu pada pertembungan El Classico antara Berlian FC dan Fairuz FC. Berlian pastinya mahu sekali lagi membuat pasukan gergasi, Fairuz FC gigit jari seperti yang mereka telah lakukan dalamsaingan Liga Migty 2014.

     Perlawanan pembukaan menyaksikan penyerang prolifik Fairuz FC beraksi cemerlang apabila meledak 2 gol ketika membantu pasukannya dengan mudah menumpaskan pasukan Mutiara, bimbingan Mr. Zamzam. Fairuz FC mendominasi 15 minit permainan dengan melakukan banyak serangan berbahaya hasil gandingan pemain utama, Sabri Muhammad dan Alif Shahir. Hasilnya, pada minit ke-5, Hazman mudah menjaringkan gol dari dalam kotak penalti menewaskan Dzeffi Daniel. Bersambung pada babak kedua, Fairuz FC sekali lagi menjarakkan defisit gol dengan menjaringkan gol kedua menerusi Hazman pada minit ke-17.

     Turut beraksi cemerlang ketika saingan Liga KIKS ini ialah juara Piala Koperasi 2013, Delima FC dan juga juara Liga Migty 2014, Berlian FC. Manakala, pasukan underdog, Zamrud FC membuat kejutan apabila berjaya menewaskan Fairuz FC, 3-2. Permainan yang tegang di akhir perlawanan itu menyaksikan pergaduhan antara kapten pasukan Fairuz FC,Sabri dan juga Abdul Mukmin. Jaringan pasukan Zamrud ketika itu diledak oleh penyerang muda,Abdul Mukmin dan Aiman Hakim sebelum diikat kembali 2-2 oleh Hazman dan Hadi. Namun,di hujung babak perlawanan menyaksikan Abdul Mukmin mengecewakan pasukan kendalian Abdul Hadi itu apabila beliau menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit akhir perlawanan.

    Perlawanan tumpuan semestinya perlawanan El Classico Muar apabila skuad kendalian Tun Sany bertembung dengan pasukan Fairuz FC. Perlawanan tampak seimbang pada awal permainan, namun pada babak kedua, Fairuz FC mula menukar corak serangan dan berjaya menghadirkan bahaya buat pasukan Berlian FC. Pada minit ke-25, Fairuz FC berjaya mencipta kemenangan apabila Muhammad Hazman sekali lagi menjaringkan gol menerusi 'bicycle kick' selepas menerima hantaran dari sepakan percuma yang diambil oleh Alif Shahir.

    Perlawanan terakhir Liga KIKS menyaksikan tugas berat buat Hazman apabila terpaksa mengetuai pasukannya setelah pemain utama , Fuad, Alif, Sabri dan Zahin terpaksa direhatkan apabila berdepan pasukan hebat,Delima FC yang diketuai oleh Raja Syafiq. Delima FC terlebih dahulu menjaringkan gol pendahuluan menerusi Raja Syafiq sebelum diikat kembali oleh ketua pasukan,Muhd Hazman. Bersambung babak kedua, Delima FC tampak ampuh di bahagian hadapan dengan menaruhkan penyerang tinggi lampai, Amir Farish untuk menerobos gawang yang dijaga oleh Harith Azizan. Namun,pada minit ke-26, sepakan 30m Amri Youhanis berjaya menewaskan Hariz Afham dan kembali meletakkan Fairuz FC dihadapan sekaligus memberi tekanan buat pasukan lawan. Minit-minit akhir perlawanan menyaksikan Hazman mula turun di barisan pertahanan sekaligus berjaya membawa pasukannya muncul juara Liga KIKS 2015. Lebih manis apabila Muhd Hazman menerima Anugerah But Emas tepat pada hari lahirnya dan meraikan kejayaan yang bermakna itu.


LIGA KEMAHIRAN INSANIAH KEMAHIRAN SAHSIAH (KIKS)

Juara: Fairuz FC
Naib Juara: Delima FC
Ketiga: Zamrud FC

Anugerah But Emas: Muhammad Hazman Izuddin (6 gol - Fairuz FC)
Anugerah Sarung Tangan Emas: Abdul Muhaimin (2 clean sheet - Berlian FC)
Amugerah Assister: Harith Adeham (Berlian FC)
Anugerah Fair-Play: Nilam FC

2 comments:

  1. Should be remind that Hazman is the best player at KMJ too

    ReplyDelete
  2. Hazman in last 5 matches
    3 goals
    2 wins
    3 loses

    ReplyDelete