MAIN MENU

Tuesday 12 September 2017

MIDFIELD PASUKAN

Biodata Midfield Pasukan

Gareth Bale
#1 Midfield
Nama: Ahmad Afiq bin Mohamed Aman Ullah
Umur: 18 Tahun
Tarikh Lahir: 4 April 1999
Pasukan Kegemaran: Manchester United
Idola: Gareth Bale
No. Jersi: 60
Pasukan: MRSM (2012 - 2016)
               Ansara Muar (2017)

#2 Midfield
Nama: Hairul Amri bin Youhanis
Umur: 18 Tahun
Tarikh Lahir: 25 Mei 1999
Pasukan Kegemaran: Johor Darul Takzim FC
Idola: Mokhtar Dahari
No. Jersi: 25
Pasukan: MRSM (2012 - 2016)
               Ansara Muar (2017)

#3 Midfield
Marco Asensio
Nama: Irwan Fitri
Umur:18 Tahun
Tarikh Lahir: 23 Disember 1999
Pasukan Kegemaran: Johor Darul Takzim FC
Idola: Zlatan Ibrahimovic
No. Jersi: 10
Pasukan: MRSM (2012 - 2016)
               Ansara Muar (2017)

#4 Midfield
Nama: Norazrai bin Zaini
Umur:18 Tahun
Tarikh Lahir: 24 Jun 1999
Pasukan Kegemaran: Real Madrid
Idola: Asensio
No. Jersi: 24
Pasukan: MRSM (2012 - 2016)
               Ansara Muar (2017)









       Dalam bola sepak, seorang pemain tengah ialah seorang pemain yang posisinya terletak di tengah padang di antara penyerang dan pertahanan (diwarnakan biru dalam rajah). Fungsi utama mereka ialah untuk merampas (merebut) bola dari pihak lawan, mengawal bola, dan menghantarnya kepada penyerang, dan mungkin turut menjaringkan gol. Sesetengah pemain tengah turut bermain secara lebih bertahan, manakala yang lain mengaburkan sempadan di antara pemain tengah dan penyerang. Jumlah pemain tengah yang digunakan oleh pasukan mungkin berbeza, bergantung pada formasi bola sepak dan peranan setiap pemain. Kumpulan pemain tengah dalam sebuah pasukan dikenali sebagai the midfield.[1]
Pemain tengah yang lebih sempurna memerlukan sebilangan kemahiran di tahap kecergasan yang tinggi: mereka merebutmenggelecek, menendang dan menghantar bola di dalam apa-apa perlawanan. Kebanyakan pengurus akan meletakkan sekurang-kurangnya seoranng pemain tengah di tengah padang dengan satu tugasan memecahkan serangan pemain lawan manakala pemain lain akan lebih mahir mencipta gol atau mempunyai tanggungjawab yang serupa bagi serangan atau pertahanan, atau seorang pemain sayap,atau lebih kepada seorang pemain penyerang yang tugas utamanya adalah menyerang.
Pada dasarnya,seorang pemain tengah yang bagus mesti mempunyai kebolehan suka bertarung dan juga mempunyai kreativiti. Seorang penyerang tanpa sokongan pemain tengah akan mengurangkan peluang menyerang, manakala pertahanannya pula akan selalu teruji. Oleh kerana mereka menguasai bahagian-bahagian penting di dalam padang, berbanding dengan pemain lain, pemain tengah mungkin lebih banyak mempengaruhi keputusan sesuatu perlawanan,[2]terutamanya jika mereka mempunyai pandangan yang cukup jelas untuk membuat hantaran yang baik atau kebolehan untuk menjaringkan gol.
Biasanya pemain tengah menghabiskan paling banyak tenaga semasa satu-satu perlawanan disebabkan jarak yang mereka rangkumi di atas padang kerana pada masa-masa tertentu, mereka terpaksa balik ke kawasan pertahanan, atau diperlukan untuk serangan dengan penyerang.[3]

No comments:

Post a Comment