MAIN MENU

Tuesday 19 September 2017

HIGHLIGHT PLAYER

ANSARA Muar FC setakat ini masih belum beraksi di mana-mana perlawanan secara formal. Namun, apa salahnya jika kita berkenalan dengan pemain-pemain pasukan ANSARA Muar ini untuk kita mengenali serba sedikit tentang pemain-pemain utama pasukan ini.

HIGHLIGHT PLAYER:

HAZIQ IKHWAN
    Haziq Ikhwan @ Ajiqwan merupakan antara pemain paling lama dalam pasukan MRSM Muar. Pemain berusia 18 tahun ini dahulunya beraksi bersama pasukan Nilam Airlines (2012 - 2014) sebelum berhijrah ke pasukan Mutiara FC (2015 -2016). Pemain berbadan kecil ini juga digelar sebagai Messi Muar kerana kelincahan dan ketenangannya dalam mengawal bola selain memiliki penyudah yang menggerunkan mana-mana penjaga gol. Kehebatan Haziq ini turut diakui oleh senior beliau yang mengakui bahawa beliau layak digelar sebagai Messi Muar.

   Haziq pernah menyarung jersi pasukan utama MRSM Muar dalam Kejohanan Bolasepak MSSD pada 2013, 2014 dan 2016. Membuat penampilan sulungnya bersama skuad MRSM B15 dan memenangi pingat perak menunjukkan bahawa Haziq merupakan antara pemain paling berpengalaman dalam pasukan ini. Haziq mempunyai 8 kap bersama skuad MRSM Muar dan mencetak 1 gol kebangsaan ketika menentang pasukan Naning FC pada peringkat kumpulan yang memihak kepada MRSM Muar dengan kemenangan 8-1.

AHMAD AFIQ
    Ahmad Afiq merupakan pemain sayap yang lincah dan pantas di bahagian sayap kiri. Pemilik nama ini merupakan pemain paling pantas dalam pasukan dan digelar sebagai Gareth Bale. Afiq yang berasal dari Selangor memulakan kariernya di MRSM Muar dengan beraksi bersama pasukan gergasi, Fairuz FC (2012 - 2014) sebelum berhijrah ke Nilam Nuggets FC pada 2015 dan dipinjamkan ke pasukan Berlian FC dengan kontrak 2 tahun bernilai lebih daripada RM10k.

    Afiq beraksi cemerlang sebagai pemain sayap ketika mewakili pasukan Fairuz FC dan juga merupakan watak penting pasukan dalam mencipta kemenangan. Pada 2012, pemain ini telah mengalami kecederaan serius di bahagian tangannya apabila dirempuh oleh pemain pasukan lawan dalam satu perlawanan persahabatan. Kemuncak prestasi beliau ialah pada 2015 apabila meledak lebih daripada 10 jaringan dan membuat banyak hantaran gol dari bahagian kiri. Walaubagaimanapun, pemain lincah ini tidak pernah dipanggil oleh jurulatih kebangsaan untuk mewakili pasukan utama MRSM Muar.

HARITH ADEHAM
     Adeham atau nama lainnya Idraki antara penyerang pasukan yang berkaliber. Pemain berjersi nombor 23 ini mempunyai kaki kanan yang kuat dan seringkali menjaringkan gol dari jarak jauh. Kelincahan pemain ini apabila membawa bola tidak boleh dinafikan kerana kerap mengkucar-kacirkan pertahanan lawan. Namun begitu, tubuhnya yang kecil menyebabkan beliau mudah mengalami kecederaan. Adeham yang merupakan pemain pasukan Berlian pada 2012 hingga 2014 berjaya membantu pasukannya menyinar pada tahun 2014 apabila berjaya menewaskan pasukan gergasi seperti Fairuz FC dan Delima FC untuk menjadi juara LIga MIGTY 2014 apabila berkelebihan 1 mata berbanding pasukan Fairuz FC.

    Kini, pemain ini sedang beraksi bersama pasukan amatur di Muar iaitu Armada Muar FC yang beraksi dalam saingan Liga Muar dan dikhabarkan mendapat tawaran untuk bermain bersama pasukan PKNS bawah 21 tahun.



Abdul Mukmin ketika sesi latihan


ABDUL MUKMIN
     Antara penyerang berbisa pasukan ANSARA Muar FC ialah pemain kelahiran Kuala Lumpur iaitu Abdul Mukmin. Beliau mencipta kariernya bermula dengan mewakili pasukan Zamrud pada 2012 dan mula menyinar pada 2014. Mukmin yang merupakan peminat setia pasukan Arsenal FC mempunyai skil yang menarik dan penyudah yang tajam melalui tandukan persis Olivier Giroud.
Kemuncak prestasi Mukmin ialah apabila mencipta trio gandingan bersama 2 lagi penyerang prolifik MRSM Muar iaitu Haziq Ikhwan dan Muhammad Hazman yang digelar trio HMH. Mukmin pernah berkata, "Jika Barca ada MSN dan Madrid ada BRB, maka Muar ada HMH."

   Mukmin pernah dipanggil untuk berlatih bersama pasukan kebangsaan namun beliau tidak dipilih pada 2014 untuk mewakili pasukan MRSM Muar. Walaubagaimanapun, Mukmin sekali lagi dipanggil pada 2016 dan mewakili skuad utama MRSM Muar pada ketika itu dan beraksi sebagai pertahanan kiri. Sebagai seorang penyerang, Mukmin tidak berasa janggal ketika diturunkan untuk beraksi di bahagian pertahanan kiri sebaliknya beliau terus menyerlah membantu pasukan.



ABDUL MUHAIMIN
     Abdul Muhaimin merupakan kembar bagi Abdul Mukmin. Beraksi di posisi dominan sebagai seorang penjaga gawang, namun Muhaimin turut mempunyai bakat sebagai seorang pemain tengah. Kekuatan kaki kirinya merupakan suatu kelebihan buat penjaga gawang berusia 18 tahun ini. Muhaimin beraksi bersama pasukan Berlian (2012 - 2014) sebelum berpindah ke Nilam Nuggets pada 2015. Beliau merupakan watak penting pasukan sebagai benteng terakhir pasukan Berlian FC yang muncul sebagai juara Liga Migty pada 2014 dan juga pemenang Sarung Tangan Emas pada 2014. Selain itu, beliau juga merupakan antara pemain yang memenangi Piala Pengetua pada 2015 bersama-sama Hazman.

    Berbeza dengan abangnya, Muhaimin telah mewakili MRSM Muar sejak 2014 sebagai penjaga gawang utama MRSM Muar yang ketika itu tewas di pusingan suku akhir apabila bertemu pasukan Sedarians Tiger (SMK Dato' Seri Amar Diraja). Beliau juga turut terpilih mewakili MRSM Muar pada 2016 dalam kejohanan MSSD B18 dan Piala 4 Penjuru MRSM Johor.

No comments:

Post a Comment